“Leixia kembali ke Team Caracal, tapi bukan dalam lineup MPL,” – Pengurus, Tupai

“Leixia kembali ke Team Caracal dan berehat di sini (gaming house). Tapi dia tak berada di dalam lineup MPL,” itu kata ringkas daripada Pengurus Team Caracal, Mohamad Zawir Zakari atau lebih dikenali sebagai Tupai.

Katanya ketika dihubungi, nama Ahmad Ali Huzaifi Abdullah atau Leixia tidak didaftarkan dalam lineup Liga Profesional MLBB (MPL) MY S9 buat masa ini.

Difahamkan, jendela perpindahan pemain sudah dibuka untuk minggu keempat bagi pasukan-pasukan membuat pertukaran pemain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

Leixia sebelum ini dari Team SMG mengumumkan berehat dan undur diri dari pasukan itu.

Di Team Caracal, Leixia pada asalnya bersama mereka sebelum ke Team SMG dan pernah bermain untuk kejohanan-kejohanan kecil sebelum ini.

Semoga Leixia mendapat rehat yang cukup selepas bermain Mobile Legends buat waktu yang lama.

RELATED NEWS

+