Lelaki Ini Bina Permainan Roller Coaster Tycoon 2, Ambil Masa 12 Tahun Untuk 1 Pusingan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sebelum ini, Marcel Vos membina sebuah roller coaster dalam Roller Coaster Tycoon 2 yang ambil masa 232 hari untuk siap satu pusingan dalam dunia nyata. Sekarang, dia mencabar dirinya untuk menggandakan masa itu 18 kali ganda.

Vos membina mesin virtual yang ambil masa selama 12 tahun untuk menghabiskan satu pusingan. Bayangkan satu pusingan roller coaster dalam permainan ini kebiasaannya hanya kurang dari 5 minit. 

Dalam video berdurasi 10 minit di bawah, Vos memberitahu bagaimana dia membina mesin virtual ini – yang mana dalam permainan bersamaan 30,004,200 juta hari atau 82,147 tahun (8 kali ganda lebih tua dari Far Cry Primal). Vos menggunakan setiap ruang dalam park tersebut dan menggabungkan mereka dengan cara tersendiri.

Beliau memerangkap 31 buah kereta (roller coaster) dalam loop yang kecil dan kesemua kereta itu perlu menunggu satu kereta untuk menghabiskan trek selama 232 hari sebelum mara ke posisi lain dalam margin yang sangat kecil. Tunggangan ini akan berakhir selepas 20 pusingan. Ia bermakna sebanyak 600 pusingan dilakukan pada struktur lebih besar. Kalau korang rasa susah nak faham, bolehlah rujuk video dekat atas ye. Semua penerangan ada di dalamnya! Pehh 12 tahun tu weh, jenuh nak tengok kereta tu (kalau ia bergerak la).

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+