Lelaki ini cipta mod batu nisan dalam Marvel’s Spider-Man

Marvel’s Spider-Man Remastered di PC mendatangkan pelbagai jenis mod yang wujud dan sudah semestinya ada mod yang pelik-pelik.

Bagi versi konsol boleh dikatakan adalah mustahil untuk membuat mod namun untuk versi PC banyak yang muncul.

Baru-baru ini terdapat satu mod iaitu menjadikan karakter Spider-Man menjadi batu nisan Ben Parker.

Pakcik Peter Parker yang terkenal dengan ayat “With great power comes great responsibilites.”

Anda boleh menjadi batu nisan Ben Parker dengan semua kuasa Spider-Man.

Nampaknya banyak lagi mod yang bakal wujud jika permainan video konsol masuk ke versi PC.

RELATED NEWS

+