Lelaki ini pegang rekod dunia – sambungkan 444 konsol ke sebuah televisyen

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang gamer tegar dari Saudi Arabia Ibrahim Al-Nasser menjadi pemegang Guinness World Records.

https://www.cnet.com/a/img/resize/a624140ddb048b99fd0d5db162179f9c6dc542d9/hub/2024/08/14/3745a0cc-730e-4fb2-8b43-7ddb26683901/guinness-console-record.png?auto=webp&fit=crop&height=675&width=1200

Gambar dari Guinness World Records

Rekod yang dicapai adalah dengan menyambung beberapa ratus konsol ke sebuah televisyen sahaja.

Pengumpul tersebut sedar dia mempunyai terlalu banyak konsol dari konsol pertama di dunia sehingga PlayStation 5 Slim.

Disebabkan terlalu banyak dia tidak tahu mana satu untuk dimainkan dan terdetik niat untuk teruskan sahaja menyambung kesemuanya kepada sebuah televisyen.

Ibrahim Al-Nasser menyambung 444 konsol ke sebuah televisyen. Cabarannya adalah memastikan kesemua kabel berfungsi dan diletakkan dengan baik serta mempunyai switcher untuk menukarkan konsol yang mahu dimainkan.

https://static0.gamerantimages.com/wordpress/wp-content/uploads/2024/08/most-console-connected-to-single-tv-1.jpg?q=49&fit=crop&w=750&h=422&dpr=2

Foto: Game Rant

Antara konsol tertua dalam sejarah konsol iaitu Magnavox Odyssey yang dikeluarkan pada tahun 1972 sehingga konsol yang sukar dijumpai seperti Super A’Can.

https://static0.gamerantimages.com/wordpress/wp-content/uploads/2024/08/most-console-connected-to-single-tv-2.jpg?q=49&fit=crop&w=750&h=422&dpr=2

Foto: Game Rant

Bagi memastikan kesemuanya berjalan lancar dia menggunakan kombinasi 12 HDMI switches dan lebih 30 RCA switches termasuk beberapa adapter lama yang tidak lagi relevan.

Bukan hanya konsol, Ibrahim juga mempunyai banyak mesin arked dan beberapa koleksi sukar dijumpai untuk Metal Gear Solid.

RELATED NEWS

+