menukarkan konsol Wii kepada saiz Game Boy."> menukarkan konsol Wii kepada saiz Game Boy." /> menukarkan konsol Wii kepada saiz Game Boy." />

Lelaki ini tukar Playstation 2 jadi versi mudah alih

GingerOfOz adalah seorang modder konsol yang pernah dikenali dengan menukarkan konsol Wii kepada saiz Game Boy.

Kali ini GingerOfOz menukarkan PS2 kepada saiz kecil yang digelar Ps2 Eclipse.

Image

Apa yang GingerOfOz buat kali ini ialah menggunakan motherboard PS2 dan menggunakan casis yang 3D printed dengan set butang PlayStation Vita, joy stick Nintendo Switch dan juga skrin 5 inci dengan 480p, bateri dan juga beberapa papan litar kustom sendiri.

Image

Hanya menggunakan hardware dari PS2 ini bermakna emulasi untuk lebih dari 4,000 permainan video di PS2 boleh dimain.

Image

GingerOfOz juga memberitahu bahawa setakat ini dia masih tidak mempunyai apa-apa pelan untuk menjual kepada orang lain sama seperti versi Wii.

Namun, GingerOfOz memberi orang ramai beberapa penulisan dan cara membuat untuk PS2 Eclipse bagi orang yang mahu membuat PS2 portable versi sendiri.

RELATED NEWS

+