Lelaki Jepun ditangkap menjual save data Pokemon haram

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Nintendo dengan kerjasama polis Jepun telah menangkap seorang lelaki yang dikatakan telah menjual banyak save data Pokemon yang digodam di Nintendo 3DS.

Save data permainan Pokemon yang dijual itu adalah Pokemon Sun.

Foto: The Pokemon Company

Dilaporkan oleh TBS News dan diterjemahkan oleh Automaton, lelaki berumur 32 tahun ini telah disyaki melanggar akta Unfair Competition Prevention di Jepun dengan menjual save data Pokemon Sun secara haram.

Polis mendapati lelaki tersebut menjual save data dengan lebih 800 Pokemon dengan harga ¥5,200 (RM152).

Save data tersebut bukan sahaja mempunyai Pokemon biasa tetapi beberapa Pokemon yang terhad dan hanya boleh didapati dari acara terhad pawagam atau acara yang jarang dibuat.

Sebanyak 37 permainan video dan 1 komputer milik lelaki itu telah dirampas.

Lelaki tersebut mengaku akan kesalahannya tetapi kes ini masih dalam siasatan.

Orang yang melanggar akta ini boleh dipenjara selama 5 tahun atau didenda sebanyak ¥5 juta (RM146 ribu).

Nintendo dan The Pokemon Company sentiasa tiada kompromi untuk orang-orang yang menggodam atau emulasi permainan video mereka secara haram tidak kira individu atau syarikat.

RELATED NEWS

+