Lelaki kena ‘scam’ RM42,500 guna duit pencen ibu beli topup game

Seorang pelajar universiti yang kemaruk permainan video dari Kampung Pandan 2, Kuantan, Pahang mengalami kerugian sebanyak RM42,500.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof memberitahu, pelajar universiti itu berusia 22 tahun dan kehilangan wang akibat ditipu dalam pembelian mata wang permainan video.

“Kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila mangsa melihat satu hantaran di media sosial Instagram bernama ajgamingstoree yang menjual mata wang permainan video secara dalam talian,”

Mangsa berminat untuk membeli kerana pihak penjual itu memberi tawaran yang lebih murah dari membeli di Shopee.

Pada mulanya dia hanya mahu membeli 38,400 mata wang permainan video dengan harga RM600.

Malang tidak berbau suspek memohon mangsa untuk menambah bayaran lain bagi caj penukaran mata wang dan mangsa diperdaya dengan membuat 10  transaksi pembayaran berjumlah RM42,500.

Pada mulanya mangsa hanya menggunakan RM1,705 duit sendiri dan selebihnya RM40,795 adalah wang simpanan persaraan ibunya.

Mangsa juga mempunyai akses akaun bank milik ibunya. Lantaran ditipu, dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan.

Namun, tidak dinyatakan apa jenis permainan video yang membuatkan mangsa melakukan transaksi ini.

Peringatan untuk orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan elakkan dari membeli mata wang permainan video di laman yang tidak dipercayai.

Rujukan: Utusan

RELATED NEWS

+