Sorang lelaki dari New Jersey disabitkan kesalahan cubaan membunuh dan menyamun seorang lelaki yang dia bermain MMORPG bersama.
Lelaki itu sanggup menaiki kapal terbang dari New Jersey ke Florida untuk menyerang seorang lelaki dengan penukul akibat pergaduhan dari sebuah permainan video.
Permainan video tersebut itu ArcheAge iaitu permainan video MMORPG yang baharu sahaja menutup tirai pada 27 Jun lepas.
Suspek Edward Kang, 20, ditangkap pada 23 Jun selepas dia menceroboh masuk ke rumah mangsa dengan memakai pakaian hitam, sarung tangan dan topeng muka.
Walaupun Kang tidak pernah berjumpa dengan mangsa, dia hanya mengenali mangsa melalui permainan video ArcheAge.
Saspek memecah masuk ke rumah mangsa dan menunggu di dalam rumahnya.
Mangsa yang mahu ke bilik air terus menyedari Kang berada di dalam rumahnya dan terkejut apabila Kang sudah berada dalam posisi menyerang dan memukul mangsa dengan penukul di kepalanya sehingga beberapa kali.
Menurut pihak hospital, mangsa mengalami kecederaan serius tetapi tidak membawa kepada kematian.
Bapa tiri yang terjaga dari tidur menyedari akan kemelut di rumah itu dan terus melucutkan senjata lalu menundukkan penyerang.
Menurut Kang, dia mengatakan mangsa adalah seorang yang jahat di atas talian.
ArcheAge juga mempunyai beberapa guild yang menjadi dominan dalam permainan itu dan antara punca serangan ini adalah Kang yang berada di dalam guild lain tidak berpuas hati dengan mangsa yang berada di guild lawan.