Lelaki UK dipenjara 4 bulan kerana bawa pedang mainan Master Sword Legend of Zelda

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang lelaki berusia 48 tahun, Anthony Bray dari Nuneaton Warwickshire, England dijatuhkan hukuman penjara empat bulan kerana mempunyai barangan tajam yang dibawa di tempat awam.

Satu replika kecil Master Sword dari Legend of Zelda dengan kepanjangan enam inci dirampas.

Pedang itu mempunyai sarung pedang dan ia boleh keluar dengan menekan butang.

Pegawai polis membuat tangkapan ini selepas melihat liputan CCTV di mana Anthony Bray berjalan dengan sesuatu di tangannya.

Dia kemudiannya ditangkap polis kerana membawa objek tajam berbahaya.

Bray mengatakan pedang itu digunakan sebagai mainan fidget dan dia membelinya secara dalam talian.

Pegawai polis mengatakan walaupun untuk mainan tetapi pedang kecil itu adalah tajam dan boleh digunakan sebagai senjata dan menakutkan orang ramai.

Bray juga membawa pedang Master Sword itu di tempat orang ramai. Dia juga mengatakan dia tidak akan menggunakan pedang itu sebagai senjata.

Hukuman mahkamah dijatuhkan pada 28 Jun dengan hukuman penjara empat bulan dan denda sebanyak £154 (RM925) atas pemilikan senjata tajam.

“Kami tidak akan berkompromi dengan pemilikan senjata tajam,” ujar  Sarjan Spellman dari Unit Penyiasatan.

Rujukan: WarwickshirePolice

RELATED NEWS

+