Lemon akan main di playoffs MPL Indonesia?

Sudah agak lama Muhammad Ikhsan “Lemon” tidak membuat kemunculan di pentas kompetitif. Ramai tertanya-tanya jika Lemon akan kembali selepas mengumumkan untuk berehat tak lama dulu dari bertanding di MPL Indonesia musim ketujuh.

Tapi kali ini ia mungkin berubah apabila pemain support EVOS Legends, Luminaire yang tak sengaja mendedahkannya dalam satu penstriman langsung bersama Kido.

“Boleh (Aerowolf menang lawan RRQ) sebab dia lawan Lemon kan. Yang main adalah Lemon. Memang betul, dia sudah scrim,” katanya dalam video tersebut.

Difahamkan, RRQ tidak mara ke upper bracket kerana tewas di tangan EVOS Legends sebelum ini. Keserasian dibina sepanjang ketiadaan Lemon pastinya akan terjejas jika pemain bintang itu masuk pada saat akhir.

Namun, kita tidak tahu sudah berapa lama Lemon scrim bersama RRQ Hoshi. Berkemungkinan organisasi e-sukan yang besar di Indonesia ini sudah sedia dengan segala kemungkinan.

Playoffs bagi MPL Indonesia musim ketujuh akan bermula Jumaat ini.

RELATED NEWS

+