Lemon rehat? Ini jawapan CEO RRQ, Andrian Pauline

Ketiadaan Muhammad Ikhsan (Lemon) di musim liga MPL Indonesia musim ketujuh mencetuskan tanda tanya.

Ini kerana prestasi pasukan diwakilinya, RRQ Hoshi merosot dengan teruk. Setakat minggu ketiga, RRQ berada di kedudukan dua tercorot. Mereka seolah sukar untuk kekalkan prestasi kerana bertukar-tukar pemain.

Lain pula bagi Alter Ego Esports yang sudah mengekalkan lineup sejak musim lalu lagi.

Tak ingin terus menimbulkan tanda tanya, Ketua Pegawai Eksekutif RRQ, Andrian Pauline sendiri tampil memberikan kenyataan.

Sumber: Spin Esports

Dalam satu kenyataannya di video live Instagram milik RRQ, Andrian berkata, Lemon meminta untuk direhatkan sebentar.

“Kalau dah ada pemain yang berikan tiga kali juara MPL, dua kemenangan di Asia Tenggara, takkan kita tak bagi dia rehat kalau diminta.

“Tujuan itu juga bagus sebab ada masa untuk tenang jadi pemain-pemain muda lain lebih bersemangat dan Lemon boleh bagi input dari belakang tabir,” katanya.

Bagaimanapun, Andrian tidak memberi komen bila Lemon akan kembali atau mungkin hanya di belakang tabir sampai ke habis musim liga.

Bagi peminat RRQ, mereka ingin saksikan perubahan pada pasukan ini lagi-lagi apabila Xinn pun tidak bermain musim liga kali ini.

RELATED NEWS

+