Lemon, Vyn dan Xinn mungkin masuk lineup utama RRQ Hoshi?

RRQ Hoshi sudah mengumumkan pemain keenam mereka iaitu Skylar. Pernah muncul di dalam musim ketujuh, pemain muda ini diangkat masuk dari pasukan MDL. Kehebatan beliau bermain hayabusa tidak dinafikan semasa pertandingan itu.

Tapi kini, RRQ Hoshi membuat penambahan jumlah pemain skuadnya kepada 9, sebelum ini hanya enam sahaja slot yang dibuka. Nampaknya RRQ Hoshi akan lebih versatile dalam memilih pemain.

Mereka boleh menukar ahli pasukan bagi mengelirukan pihak musuh dengan corak permainan yang berbeza. Ura-ura dikatakan oleh netizen bahawa kemungkinan baki tiga pemain tersebut Vynn, Lemon dan Xinn.

Vynn sempat bermain untuk musim ketujuh, namun Xinn dan Lemon tidak turun padang bagi memberi ruang kepada pemain baru untuk menyerlahkan bakat mereka.

Musim kelapan akan memberikan kita harapan untuk melihat pemain veteran seperti Lemon untuk beraksi, mungkin juga Xinn akan bermain semula, walau hanya dalam beberapa perlawanan. 

RELATED NEWS

+