Lenovo Legion Truck Membawakan Peranti Gaming Terkini Ke Seluruh Malaysia

Lenovo baru-baru ini mengumumkan mereka akan membawakan peranti gaming terkini daripada rangkaian Legion dalam sebuah trak khas dipanggil sebagai Lenovo Legion Truck. 

Bermula dari 19 Oktober sehingga ke Disember, korang boleh mencuba dua laptop gaming terbaru iaitu Lenovo Legion Y545 dan Lenovo Legion Y7000 dan pelbagai aksesori gaming sebaik sahaja korang menaiki Legion Truck. Antara permainan yang boleh diuji menggunakan laptop-laptop ini adalah The Surge 2, Gears 5 dan Doom.

Legion Truck bakal mengembara ke seluruh Malaysia dan bakal singgah ke lokasi-lokasi berikut sepanjang Oktober – Disember ini:

  • Sungei Wang Plaza (19-20 Oktober)
  • Celcom XPAXKEK Semester 2 di Kuantan City Mall (26-27 Oktober)
  • MyTown Shopping Centre (2 November)
  • One Utama Shopping Mall (9 November dari pukul 12pm sehingga 9pm
  • Celcom XPAXKEK Semester 2 Grand Finals di The Curve (22, 23-24 November)

Bagi mereka yang mengunjungi lokasi-lokasi ini, korang berpeluang untuk menikmati promosi menarik seperti pembelian Legion T530 Gaming Tower dan Legion C530 Cube bakal menerima gaming mouse atau keyboard percuma. Pembelian tersebut juga melayakkan korang untuk memenangi hadiah utama, monitor berlengkung HDR gaming WLED sebesar 43.4 inci, Lenovo Legion Y44w!

Lenovo Legion Y500

Lenovo Legion Y545

Untuk maklumat lanjut tentang Legion Truck ini, korang boleh ikuti laman Facebook rasmi Lenovo atau layari laman sesawang Lenovo Legion.

RELATED NEWS

+