Lenovo Melancarkan Barisan Lenovo IdeaPad Didatangkan Bersama Microsoft Office Percuma Seumur Hidup

Lenovo Malaysia baru sahaja melancarkan barisan laptop terbaru dalam kelompok Lenovo IdeaPad iaitu IdeaPad S340, IdeaPad C340, IdeaPad S540 dan IdeaPad L340 dengan harga yang berpatutan kepada mereka yang bekerja dan sedang belajar.

Barisan laptop Lenovo IdeaPad baru ini dilancarkan semasa acara Exclusively Yours oleh pengurus Lenovo Malaysia Varinderjit Singh, ketua segmen pengguna Wong Yuen Lai dan pengarah senior Microsoft untuk Asia Tenggara Vlasta Berka bersama selebriti Nabila Razali, Farhan Mazlan dan Shalma Eliana.

Lenovo IdeaPad S540

Laptop Lenovo IdeaPad S340 dipacu dengan pemprosesan 8th generation Intel Core i7 memberi prestasi tinggi untuk kerja pejabat dengan paparan skrin sesentuh serta boleh dilipat manakala IdeaPad S540 direka dengan paparan kurang sinaran dan bateri tahan lama sehingga 9 – 10 jam.

Lenovo IdeaPad C340 sesuai bagi mereka yang sering menggunakan laptop di mana-mana sahaja  berada kerana laptop ini mampu mengecaj 80% bateri dalam masa 1 jam. Selain itu, laptop skrin fleksibel ini didatangkan bersama Lenovo Active Pen dengan paparan berukuran 1920×1080.

Lenovo IdeaPad C340

Bagi mereka yang ada masalah silau kerana cahaya komputer, Lenovo IdeaPad L340 direka dengan penjagaan Vantage Eye Care Mode iaitu mengurangkan sinar cahaya biru dan risiko pedih mata. IdeaPad L340 turut boleh main game secara ringan seperti Dota 2, PUBG, Fortnite atau Minecraft kerana ia dikuasai dengan Nvidia GeForce GTX 1050.

Desktop semua dalam satu, Lenovo IdeaCentre A340 ialah desktop all-in-one tampil dengan monitor berukuran 22 inci sesuai untuk menjalankan lebih daripada satu program pada masa yang sama.

Lenovo IdeaCentre AIO A340

Lebih menarik lagi, barisan laptop Lenovo IdeaPad dan IdeaCentre A340 juga didatangkan bersama program Microsoft Office Home & Student Suite 2016 percuma dan korang tak perlu memperbarui lesen program kerana lesen itu tahan seumur hidup. Lenovo merupakan syarikat pertama yang menawarkan Microsoft Office percuma iaitu hasil daripada kerjasama antara Lenovo Malaysia dan Microsoft.

Berikut adalah senarai harga untuk produk Lenovo IdeaPad dan IdeaCentre dinyatakan di atas:

  • Lenovo IdeaPad C340 berharga RM2,799
  • Lenovo IdeaPad S340 berharga RM2,599
  • Lenovo IdeaPad S540 berharga RM3,499
  • Lenovo IdeaPad L340 berharga RM1,799
  • Lenovo IdeaCentre A340 berharga RM2,199

Semua produk ini telah dijual di laman rasmi Lenovo dan di kedai-kedai komputer berdekatan korang. Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi Lenovo IdeaPad dan IdeaCentre, korang boleh layari www.lenovo.com

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+