Lesley kini kembali ke dalam meta?

Kemaskini terbaru Mobile Legends: Bang Bang menyaksikan banyak hero diperkuat, dilemahkan dan ada juga yang dirombak (revamp) kembali.

Antara hero yang dirombak kembali adalah Lesley. Marksman ini kini lebih kuat dan boleh menghancurkan pertahanan tank musuh.

LETHAL SHOT

Skill pertama Lesley iaitu Lethal Shot kini memberikan true damage namun crit damage dikurangkan. Ini memperkuatkan kekuatan Lesley di fasa late game untuk menumbangkan hero tank.

Sebelum ini, Karrie dan Wan Wan dinamakan sebagai tank killer namun selepas kemaskini terbaru ini, Lesley pasti menjadi pilihan para pemain untuk menggantikan Karrie dan Wan Wan.

Perubahan ini sangat berguna kepada Lesley untuk memusnahkan meta jungler tank yang sangat popular ketika ini seperti Akai, Baxia dan juga Balmond.

Akan tetapi, perubahan ini akan menjadi sedikit sukar untuk Lesley bermain di lane menghadapi marksman yang mempunyai skill merapatkan jurang (gap closer) ke atas dirinya kerana kelajuan serangan serta damage Lesley setiap peningkatan level dikurangkan berbanding sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kehadiran Lesley ke dalam MPL MY masih menjadi tanda tanya sama ada hero ini mampu bersaing di gold lane untuk menghadapi hero seperti Clint dan juga Claude yang mempunyai skill gap closer.

Apakah pendapat anda tentang perubahan Lesley yang baru ini? Adakah hero ini bakal menggantikan Beatrix yang sering digunakan di dalam meta sebelum ini?

Foto: Spin Esports

RELATED NEWS

+