Level Up KL 2017: Industri Game Berkembang Dengan Sokongan Berterusan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Hari pertama Level UP KL 2017 berlangsung dengan jayanya. Seperti biasa, Ketua Pegawai Eksekutif Streamline Studios, Alexander Fernandez dipilih sebagai speaker untuk acara ini yang mula berlangsung Selasa lepas.

ALEXANDER. FOTO: Streamline Studios

Berkongsi mengenai pengisian terkini dalam industri game, syarikat yang terkenal dengan kolaborasi bersama pemain industri seperti Capcom dan Square Enix itu mengakui ia kian berkembang.

“Kita mempunyai 70 peratus tenaga kerja yang berusia 40 tahun ke bawah dan mereka tergolong dalam generasi Y.

“Salah satu sebabnya Streamline berkembang adalah seiring dengan pembangunan ekonomi yang pesat. Kami juga tidak sabar berkolaborasi dengan lebih ramai pembangun dalam usaha membangunkan industri ini bersama-sama. Ia sangat menarik,”

Beliau turut menekankan mengenai sokongan dari kerajaan yang tidak henti membantu memberi lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor ini.

“Berbanding beberapa tahun lalu, peluang pekerjaan semakin tinggi yang mana tenaga kerja diperlukan untuk membangunkan game lebih baik. Begitu juga dengan taraf pendidikan yang selaras dengan perkembangan industri,”

Alex turut teruja dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencuba sendiri game VR Monster of the Deep: Final Fantasy XV di acara Malaysia Implementation Council Meeting ke-29 di Putrajaya.

“Kami membuatkan Perdana Menteri tersenyum semasa bermain game itu. Senyuman itu menandakan satu kepuasan yang hanya boleh diukir apabila seseorang itu menikmati permainan video dimainkannya!,”

Level Up KL berlangsung di Kuala Lumpur dari 4 November dan berakhir hari ini menjadi persidangan pembangunan permainan terbesar di rantau ini mempamerkan kandungan berkaitan pembangunan permainan meliputi aspek perniagaan dan teknikal industri, trend masa depan, ucaptama dan sesi peringkat tinggi bersama ahli panel yang dihormati dari seluruh dunia.

RELATED NEWS

+