LEVEL UP KL 2020: Soloz reviu game Ejen Ali Agent’s Arena

Penghibur penstriman langsung nombor satu Facebook Gaming Malaysia, Mohd Faris Zakaria atau Soloz kini mempunyai peluang untuk reviu game dalam LEVEL UP KL 2020: SEA Game Showcase pula iaitu Ejen Ali Agent’s Arena.

“Grafik memang cantik dan permainan ini gunakan ciri tiga lawan tiga, banyak peta dan objektif untuk dimenangi.

“Lebih seronok kalau main dengan kawan-kawan. Makin ramai main lagi best! Semakin lama anda main, anda boleh dapatkan lebih banyak ejen,” katanya dalam satu video pendek di Instagram.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Faris Zakaria (@solozsoloz)

Saksikan dengan lebih lanjut sesi bersama pembangun Ejen Ali Agent’s Arena pada 29 November ini jam 12:30 tengahari bersama Rob Lee dan Matthew Ho di Facebook Level Up KL.

Permainan berkisarkan siri Ejen Ali ini boleh dimuat turun di Android dan iOS sekarang.

Layari info lanjut di laman web LEVEL UP KL.

RELATED NEWS

+