LG OLED Flex: Monitor gaming pertama di dunia yang boleh dilengkungkan

LG Electronics Malaysia bakal mengumumkan LG OLED Flex (model LX3) yang juga monitor pertama di dunia berukuran 42 inci yang boleh dibengkokkan.

Selain menonton televisyen, anda juga boleh menggunakannya untuk penstriman langsung dan permainan video.

LG OLED Flex ini mempunyai teknologi backlight-free dan OLED yang menyala sendiri.

Kualiti gambar dan prestasi juga menjadikan kontras lebih baik, warna lebih tepat dan masa tindak balas pantas.

Untuk permainan video, anda boleh mengubah lengkungan LX3 untuk keselesaan anda.

Ketinggian skrin ini juga boleh diubah mengikut ketinggi yang anda mahukan sehingga 140 milimeter untuk tujuan ergonomik.

Peminat RPG, peminat permainan video lumba dan RTS pasti mahu menggunakan keseluruhan saiz 42 inci ini.

Manakala pemain FPS pula boleh menukarkan skrin ini kepada 32 atau 27 inci.

Beberapa aplikasi permainan video juga tersedia seperti screensavers, pintasan ke YouTube dan Twitch.

LX3 juga mempunyai mod Multi View yang membolehkan anda menonton banyak sumber video serentak.

Hal ini bermakna anda boleh menggunakan skrin ini untuk PC mahupun konsol.

Speaker 40W juga hadir bersama dengan port USB set kepala, papan kekunci atau tetikus ke PC melalui kabel HDMI.

Anda boleh pratempah LG OLED Flex (model LX3) berharga RM13,199 dengan tambahan pembesar suara mudah alih LG XBOOM360 XO3 percuma di Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia.

RELATED NEWS

+