Liam kini kembali ke skuad RRQ Hoshi

William “Liam” Setiawan adalah salah seorang pemain veteran di dalam arena e-sukan Mobile Legends. Beliau serang digelar tanker sejati oleh para peminat.

Sudah berkecimpung di dalam bidang professional semenjak musim kedua, beliau berjaya membawa pasukan RRQ Hoshi untuk menjadi juara pada musim itu.

Meskipun beberapa kali diletakkan di dalam skuad pemain simpanan, pemain veteran ini tidak pernah berniat untuk menukar pasukan dan masih terus setia bersama RRQ.

Pada musim keenam, beliau sempat muncul di dalam regular season akan tetapi bermain tidak lama oleh kerana faktor kesihatan yang dihadapi beliau.

Kehadiran Liam di dalam skuad pasti akan menjadi efektif oleh kerana meta pure tank sudah kembali menjadi ikutan.

Adakah comeback Liam sebagai salah seorang pemain veteran mampu memberikan Sang Raja momen untuk menjulang piala sekali lagi? Kita bakal saksikan.

Sementara itu, RRQ Hoshi juga sudah mengumumkan pemain keenam mereka iaitu Skylar

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team RRQ (@teamrrq)

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+