Life is Strange 2 Dedah Karakter Baru Dan Kuasa Luar Biasa Lain Daripada Yang Lain

Setelah sekian lama diacah, akhirnya Square Enix bersama developer Dontnod Entertainment memperkenalkan kita kepada dua adik beradik Sean dan Daniel Diaz dalam Life is Strange 2. Korang boleh saksikan trailer rasmi Life is Strange 2 di bawah:

Life is Strange 2 akan memfokuskan terhadap perjalanan dua adik beradik yang harus melarikan diri daripada kehidupan normal mereka di Seattle, Washington berikutan tragedi buruk yang melibatkan pihak polis sehingga mengancam nyawa dan ketenteraman hidup mereka. Korang bakal bermain sebagai Sean berusia 16 tahun menjaga adiknya, Daniel berusia 9 tahun dalam perjalanan ke kampung halaman mereka di Puerto Lobos, Mexico dengan harapan untuk memulakan hidup baru.

Seperti biasa, korang akan tempuhi pelbagai cabaran yang dilalui oleh abang dan adik ini serta bakal berhadapan dengan dilema moral yang membentuk jalan cerita korang tersendiri. Apa yang korang putuskan kepada Sean sendiri juga bakal memberi kesan dan pengajaran kepada adiknya sekaligus menjadi Sean sebagai role model kepada Daniel.

Kali ini, Life is Strange 2 tidak memfokuskan terhadap karakter utama Life is Strange seperti Max dan Chloe serta prekuel Life is Strange: Before The Storm. Jika Life is Strange menampilkan Max dengan kuasa putaran masa, Life is Strange 2 juga akan memperkenalkan kuasa lain daripada yang lain bersama karakter baru dan juga soundtrack baru yang lengkap dengan lagu-lagu melankolik seperti game sebelum ini.

Sebelum ini, Square Enix pernah melancarkan satu prolog kecil bertajuk The Awesome Adventures of Captain Spirit yang penuh dengan easter egg Life is Strange dan juga menunjukkan beberapa klu tersembunyi khas untuk Life is Strange 2. Korang boleh main The Awesome Adventures of Captain Spirit secara percuma untuk ketahui sedikit sebanyak tentang atmosfera terbaru Life is Strange 2.

Life is Strange 2 merupakan sebuah game berepisodik di mana episod pertama akan dilancarkan pada 27 September 2018 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+