Lima legenda Team Liquid kini menjadi pemilik bersama

Team Liquid baru-baru ini mengumumkan melantik lima pemain atau pembikin kandungan sebagai pemilik bersama organisasi itu, selain bertindak sebagai pelabur di dalam saham mereka. 

Lima individu itu ialah Juan “Hungrybox” Debiedma, Jonathan “EliGE” Jablonowski, Aerial Power, pemain dan pembikin kandungan Alexander “Lex” Veldhuis dan pelakon Asa Butterfield.

Lima individu ini dipilih kerana mereka bergerak seiring dengan falsafah dan identiti yang dibawa oleh Team Liquid.

“Terdapat perbezaan antara diberikan ekuiti sebagai bentuk pampasan, untuk memberikan penjajaran kepada organisasi berbanding pelaburan elektif menggunakan modal masing-masing ke dalam organisasi yang mereka sertai,” kata Steve Arhancet, CEO bersama Liquid.

“Saya merasakan ini menyuarakan keputusan dan tahap keyakinan mereka sendiri,” tambahnya.

Langkah ini juga pernah dilakukan oleh 100 Thieves pada April lalu dengan melantik Valkyrae dan Jack “CouRage” Dunlop sebagai pemilik bersama mereka. 

Dengan pemilikan ini organisasi seperti ini bidang esukan dapat terus berkembang dan dapat membuka lebih banyak peluang pelaburan atau menerima pemilikan seperti ini. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+