"> " /> " />

Lineup ONIC Esports tidak berubah, masih percaya pada roster lama
 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

ONIC Esports, juara musim ketiga ini memberikan saingan hebat di peringkat regular season sebelum ini. Hanya tewas di tangan pasukan RRQ dan Genflix Aerowolf, pasukan ini memiliki kekuatan dan momentum untuk menjadi juara musim ketujuh.

Namun begitu, impian mereka musnah selepas ditewaskan pasukan BTR di peringkat playoff. Permulaan yang begitu baik di peringkat regular season tidak membuahkan hasil. 

Kini, MPL Indonesia membuat pengumuman tentang lineup ONIC Esports untuk musim kelapan. Selain pemergian Rasy ke Alter Ego, mereka masih mengekalkan lineup yang sama iaitu Kiboy, Drian, Sanz, Butsss dan CW.

ONIC Esports dilihat masih mempercayai kekuatan roster mereka untuk musim kali ini, mereka masih memberikan peluang untuk menebus kekalahan pada musim lepas.

Mampukah ONIC Esports merampas kembali gelaran mereka dari musim ketiga? atau adakah mereka hanya mampu bersinar di peringkat regular season? Sama-sama kita saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+