LinkEzaa bakal menggunakan Lancelot di MPL MY musim ke-9?

Perlawanan peringkat kelayakan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim kesembilan menyaksikan dua pasukan berjaya mendapatkan slot itu.

Di musim kelapan, pasukan EBLZ dan Rahasia mara ke peringkat akhir untuk menyertai MPL. 

Team Mikey dan Team Caracal berjaya membuktikan mereka adalah pasukan Mobile Legends yang terbaik untuk memperolehi slot ke MPL MY musim ke-9.

Di dalam pertemuan Team Caracal dan pasukan THQ. LinkEzaa menggunakan hero seperti Hayabusa, Paquito dan Alucard untuk memenangi perlawanan.

Jika kita lihat kembali ketika LinkEzaa bermain di musim kelapan, beliau hanya menggunakan hero fighter. 

Namun bermula di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) dan peringkat kelayakan MPL MY, beliau mula menggunakan Lancelot dan juga Hayabusa.

Terdahulu, LinkEzaa berjaya mendapat ranking top global Lancelot menerusi perkongsian di laman sosialnya.

Ini membuktikan bahawa beliau sudah sangat mahir menggunakan hero assassin.

Peringkat regular season MPL MY musim ke-9 pasti akan lebih mendebarkan dengan pemilihan hero untuk Team Caracal.

RELATED NEWS

+