LinkEzaa dapat tawaran dari beberapa organisasi sebelum masuk PABZ Esports MY

Selepas meninggalkan Orange Esports, Mohd Norhadim Yusup, 16 atau LinkEzaa menerima tawaran dari terdapat beberapa pasukan. Namun, dia tetap memilih PABZ Esports MY sebagai pasukan pilihan. 

“Sebenarnya ada dua pasukan dari MPL MY dan satu pasukan dari MPL SG melamar saya. Jujur saya cakap, saya sangat gembira pada masa itu. Tapi saya menolak pelawaan mereka selepas berfikir dengan sebaik-baiknya.

“Saya tolak bukan sebab sombong tapi saya merasakan ilmu dan pengalaman buat masa sekarang menjadi perkara paling penting. Saya percaya PABZ Esports MY mampu meningkatkan lagi mutu permainan saya bersama ahli pasukan dan juga menjadi pemain yang lebih baik dari sebelumnya. Insya-Allah,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Kenapa pilih PABZ Esports MY

Ditanya tentang harapannya ketika menjadikan PABZ Esports MY sebagai pasukan pilihan, Link berharap dapat bermain di Indonesia suatu hari nanti.

“Jujur saya cakap, harapan terbesar saya ialah dapat bermain di Indonesia satu hari nanti.

“Saya memilih pasukan Indo kerana nak ambil pengalaman gaya permainan, mental dan cara pemikiran mereka. Ini sangat penting untuk bina jati diri sebagai pemain profesional.

“Ini kerana selain kami berlatih di sini, kami juga turut berlatih bersama pemain PABZ Esports ID. Sora adalah jurulatih utama kami akan tetapi jurulatih mereka juga turut berkongsi ilmu dengan kami,” tambah LinkEzaa.

Dia memulakan perjalanan kariernya di PABZ Esports MY bersama rakan-rakan Lunatix kini. Keputusan itu dibuat selepas kolaberasi antara pasukan Orange Esports dan Lunatix sudah pun tamat.

Ditanya tentang halangan dan cabaran bermain di tempat baru, LinkEzaa berkata, tiada sebarang halangan tapi banyak sokongan diberikan.

“Sebenarnya tiada apa sebarang halangan sebab barisan pemain dan jurulatih kekal sama. Pabz Esports ID juga memberi banyak sokongan dan berkongsi pengalaman mereka bersama kami.

“Walaubagaimanapun, harapan daripada komuniti MLBB terhadap kami agak tinggi oleh kerana kami mendapat pencapaian yang agak bagus (tempat ketiga) di MPL musim kelapan. Kami tidak berasa tertekan, akan cuba buat yang terbaik dan saling menghormati semua pasukan semi profesional,” katanya.

Ada gaming house

Selain itu, PABZ Esports MY juga mempunyai gaming house di Malaysia. Ia adalah sebuah unit kondominium yang agak besar dan bertempat di Petaling Jaya. 

“Kami akan buat latihan dan meningkatkan lagi mutu permainan pasukan di sini. Selain itu, ia juga digunakan untuk menjadi tempat kami berkumpul beramai-ramai untuk merapatkan hubungan di antara ahli pasukan,” katanya.

Ketika ditanya tentang bekas ahli pasukan Lunatix iaitu Iris, Mann, Isonic dan juga Farhan Sora turut serta bersamanya, Link meluahkan perasaan gembira.

“Saya berasa sangat gembira sebab mereka juga mendapat tawaran dari pihak pengurusan.

“Akan tetapi kami sudah lama bersama sejak dari pasukan Lunatix.  Oleh itu, kami sangat menghargai persehabatan ini. Nilai yang paling penting ialah keserasian dan kekal teguh bersama,” katanya.

Cabaran bermain dengan ahli baru

Walaupun menghadapi sedikit kesukaran menyesuaikan diri dengan pemain baru, Jordan, lama kelamaan dia sudah mendapat keserasian.

“Alhamdulillah diucapkan kerana sekarang masalah komunikasi sudah dapat diselesaikan dan corak permainannya seragam dengan pasukan.

“Antara faktor yang menjadikan isu itu terjadi kerana Jordan belum lagi tiba di gaming house. Jika dia bersama kami di sini, saya yakin corak permainan kami akan menjadi lebih hebat dan teratur,” katanya.

Pihak pengurusan PABZ Esports ID juga sangat menyokong mereka di sini (Malaysia). Mereka boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris tanpa sebarang masalah dan sangat mudah difahami.

RELATED NEWS

+