Liu Bang Hero Baru Honor of Kings – Mage Tank yang boleh teleport ke Ally

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Liu Bang adalah hero Mage Tank baru yang akan hadir ke Honor of Kings tidak lama lagi.

Hero ini dijangka akan dilancarkan pada 3 September ini.

Dia mempunyai skill untuk untuk mengenakan Crowd Control dan juga Shield kepada diri sendiri disamping mengenakan damage terhadap musuh apabila shield itu habis.

Ultimate Liu bang pula bakal menjadi Ultimate yang sangat-sangat memberi impak besar apabila dia boleh teleport ke mana-mana ahli pasukan untuk membantu dalam war.

Foto: Honor of Kings

Skill Liu Bang

Setiap skill ini berkemungkinan akan mempunyai sedikit perubahan dari ratio damage apabila dikeluarkan nanti.

Pasif

Royal Ambition

Selama Liu Bang berada di dalam linkungan 650 jarak daripada musuh dia akan mendapat enhance attack setiap 4 saat.

Enhanced attack tersebut akan membuat magic damage mengikut peratusan HP maksima Liu bang.

Skill 1

Dominator Shield

Liu Bang akan mengeluarkan shield yang bertahan selama 5 saat.

Jika lima saat sudah habis shield itu akan meletup dan mengenakan magic damage ke musuh disekeliling Liu Bang.

Skill 2

Staggering Charge

Liu Bang akan membuat dash dari jarak 300-500 mengikut detik charge skill ini.

Dia akan terus menyerang ke hadapan membuat magic damage dan memberikan stun kepada musuh.

Ultimate

Battlefield Command

Liu Bang boleh memilih salah seorang ahli pasukan untuk terus teleport ke hero itu dalam masa 2.2 saat.

Setelah sampai Liu Bang akan mendapat Movement Speed sebanyak 30% selama 1.5 saat.

Pada masa yang sama ketika teleport, ahli pasukan yang dipilih juga akan mendapat 20% Damage Reduction dan memberikan Shield yang besar kepada ahli pasukan tersebut.

Item yang diperlukan Liu Bang:

Disebabkan dia mempunyai damage magic dan memerlukan HP yang tinggi, ini adalah contoh item yang diperlukan Liu Bang.

Boots of Resistance, Frostcar’s Embrace, Spikemail, Longnight Guardian, Blazing Cape, Frigid Charge dan pelbagai lagi.

Sudah semestinya Liu Bang akan membuatkan meta Clash Lane bertukar dan bakal menjadi hero yang sangat ditakuti kerana dia boleh pergi ke mana-mana sahaja di dalam map untuk counter gank.

Hero mana lagi yang anda tunggu-tunggu untuk keluar di Honor of Kings Global nanti?

RELATED NEWS

+