Liverpool FC mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan pembangun permainan EA SPORTS FIFA iaitu Electronic Arts Inc untuk peminat mendekati lebih lanjut dan berinteraksi dalam hiburan bola sepak dunia.
Menerusi kerjasama ini, Liverpool akan menjadi rakan kongsi rasmi untuk FIFA 20. EA akan mencipta kandungan khas untuk pasukan Liverpool dan peminat mereka.
We have teamed up with creator of the @EASPORTSFIFA game series, @EASPORTS, in a new long-term partnership. ⚽️🙌
Get ready to break new ground with the Reds in #FIFA20. 🔴 #VOLTAFOOTBALL
— Liverpool FC (@LFC) 16 July 2019
Tapi di sini, mereka masih belum umum jika pemain kelab Liverpool akan menghiasi cover art bagi FIFA 20 kerana ia masih belum diumumkan secara rasmi lagi.
FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September ini di PS4, Xbox One dan PC.
Sumber: Givemesport
Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.