Livestream Animal Crossing Nintendo Direct Bakal Berlangsung Malam Ini

Permainan terbaru dari siri Animal Crossing iaitu Animal Crossing: New Horizons bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Untuk menceritakan lebih lanjut tentang New Horizons, Nintendo akan mengadakan satu livestream Nintendo Direct. Ia akan berlangsung pada 20 Februari 2020 pada 10PM waktu Malaysia.

Livestream tersebut boleh ditonton melalui YouTube, Twitch, Twitter, dan juga Facebook.

New Horizons ialah sebuah permainan simulasi di mana pemain akan dihantar ke sebuah pulau percutian untuk memulakan kehidupan baru. Anda akan membina rumah sendiri, membeli perabot, melalukan pekerjaan untuk menjana pendapatan, dan banyak lagi.

Kalau anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri permainan New Horizons, penulis menggalakkan anda tonton livestream ini.

Animal Crossing: New Horizons akan dilancarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch pada 20 Mac 2020.

Sumber: Nintendo

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+