Livestream Pokemon Presents akan berlangsung pada malam ini 9PM

The Pokemon Company telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah pembentangan untuk berkongsi l kandungan tambahan Pokemon Sword & Shield.

Pembentangan tersebut bertajuk Pokemon Presents dan anda boleh menontonnya di YouTube hari ini bermula jam 9 malam waktu Malaysia.

Nampaknya pembentangan ini akan menceritakan tentang kandungan yang akan diperkenalkan dalam kandungan tambahan pertama Pokemon Sword & Shield iaitu The Isle of Armor.

The Isle of Armor akan dilancarkan pada tarikh yang sama hari ini dan kandungan tambahan seterusnya iaitu The Crown Tundra akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+