Lokasi Kejohanan Dunia M3 akan didedahkan pada 6 November ini?

Kejohanan Dunia Mobile Legends (M3) semakin hampir. Ia dijangka berlangsung pada bulan Disember ini untuk penentuan siapakah yang bakal bergelar juara dunia bagi permainan MLBB.

Lokasi Kejohanan Dunia ini masih lagi menjadi satu misteri ketika ini. Namun begitu, MPL Malaysia mengumumkan tentang cabutan kumpulan yang akan berlaku pada 6 November ini.

Adakah dengan pengumuman ini, lebih banyak info seperti lokasi perlawanan akan dapat diketahui nanti? Sama-sama kita menunggu pengumuman pada hari Sabtu ini!

Kejohanan dunia, M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dunia dan pertandingan akan diadakan pada bulan Disember ini. Akan tetapi, format pertandingan serta lokasi yang dipilih belum didedahkan setakat ini.

Bagi setiap pasukan yang menyertai, anda boleh baca artikel ini.

RELATED NEWS

+