Lokasi kejohanan dunia M3 sekali lagi didedahkan?

Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 sekali lagi dibocorkan lokasinya oleh salah seorang pemain pasukan Brazil iaitu Lunna dari pasukan Red Canids. 

Beliau membuat pendedahan ini melalui Instagram Story ketika ditanya sama ada lokasi M3 adalah di Singapura.

Adakah jawapan beliau ini akan mengakhiri teka-teki di sebalik khabar angin tentang lokasi M3 yang dibincangkan selama ini?

Kejohanan Dunia M3 akan mengumpulkan 16 pasukan bertarung untuk merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta) pada bulan Disember ini.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+