Lokasi Penggambaran Siri The Witcher Di Netflix Akan Dibuat Di Eropah

Ada yang tak tahu The Witcher akan hadir ke Netflix tak lama lagi.

Siri yang mengadaptasi permainan dari CD Projekt ini juga akan menjadikan Andrezej Sapkowski, penulis novel The Witcher untuk menjadi pengarah kreatif dan Lauren S. Hissrich sebagai penulis rancangan.

Mengikut laporan terbaru dari Omega Underground, adaptasi Netflix ini akan difilemkan dalam lapan episod di Budapest, Hungary. Memandangkan latar tempat digunakan francais itu adalah di Eropah, perfileman di Budapest adalah relevan. Latar tempat selain Hungary akan difilemkan kemudian.

Ura-ura mengatakan Henry Cavill (Superman) yang ingin berlakon sebagai protagonis masih belum diketahui tapi kini kita dah semakin dekat untuk pendedahan akhir bagi kesemua casts.

 

Disebabkan rancangan ini akan dikeluarkan di Netflix, pastinya kita dapat menyaksikan tak lama lagi dan tak perlu memuat turun siri ini di Torrent.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+