Infold Games melancarkan trailer baharu bagi permainan mudah alih popular genre Otome, Love and Deepspace. Berjudul Homecoming Wings: Endless Summer, ia merangkumi memori Caleb sewaktu berjumpa dengan karakter utama (MC) selepas sekian lama hilang kerana disangkakan mati dalam letupan.
View this post on Instagram
Dalam video trailer berdurasi lebih 2 minit itu, LaD menunjukkan momen Caleb menunjukkan kasih sayang kepada MC dengan mengimbau kembali memori dan kenangan mereka sewaktu dibesarkan sejak kecil. Trailer itu juga mendedahkan Caleb kini boleh ditemui di Destiny Cafe dengan pelbagai interaksi selain sesi foto bersama dengan pelbagai pose.
Malahan, memori baru 5 star sempena acara Sky’s Embrace juga didedahkan. Acara ini membolehkan anda memilih lima memory Caleb ataupun mendapatkan myth pair karakter lain yang belum lagi didapatkan.
Acara Love and Deepspace Version 3.0 Cosmic Encounter Special Program Part 2 ini akan dilancarkan pada 22 Januari bersama-sama dengan companion baru Caleb yang boleh didapatkan dalam tempoh terhad.
Foto: Love and Deepspace