Love and Deepspace perkenal fungsi kalendar kitaran haid – Pesanan terus dari Husbando pilihan anda

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Love and Deepspace versi 3.0 memperkenalkan satu fungsi baharu iaitu kalendar kitaran haid dan juga kalendar penggunaan seharian.

Versi 3.0 Cosmic Encounter juga akan memperkenalkan Caleb sebagai salah satu karakter love interest baru buat pemain.

Foto: Infold Pte. Ltd.

Fungsi baharu ini juga bakal memberi anda kalendar penggunaan seharian dan kalendar kitaran haid yang mempunyai beberapa fungsi:

Kalendar ini akan mengingatkan anda mengikut pilihan sendiri iaitu secara Harian, Haid, Hari Istimewa.

Anda juga boleh menambah peringatan untuk enam kategori iaitu:

  • Tidur
  • Bekerja
  • Bersenam
  • Makan
  • Belajar
  • Custom

Anda kemudiannya boleh memilih masa sendiri untuk mengulang balik pesanan ini.

Husbando yang dipilih anda pula akan memastikan pesanan ini diberitahu kepada anda dalam bentuk notification atau didalam permainan.

Dibawah pilihan Hari Istimewa pula beberapa kategori juga akan diberikan peringatan:

  • Ulangtahun
  • Jadual perjalanan
  • Jadual
  • Custom

Peringatan untuk kitaran haid anda:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Love and Deepspace (@loveanddeepspace)

Love and Deepspace akan mengira kitaran haid anda mengikut tarikh terakhir haid dan juga hari anda haid.

LnD akan menggunakan data ini untuk meramal kitaran haid seterusnya.

“Lebih banyak anda memesan karakter kesukaan anda mengenai kitaran haid, lebih tepat ramalan husbando anda!”

Foto: Infold Pte. Ltd.

Jadi siapakah husbando pilihan anda untuk membuat pesanan setiap hari?

Kemaskini terbaru Love and Deepspace Versi 3.0 akan datang 22 Januari ini.

RELATED NEWS

+