Ludwig antara streamer popular Twitch berpindah ke Youtube Gaming

Youtube Gaming kini menerima bintang streamer baru iaitu Ludwig Ahgren.

Ludwig adalah streamer yang bermula di Twitch dan menerima populariti mendadak apabila menjadi streamer yang membuat stream selama 31 hari berturut-turut.

Perpindahan ke Youtube ini bermula apabila Ludwig membuat pengumuman di laman Youtube.

Dalam video itu dia membuat satu lakonan dan secara tiba-tiba satu kereta berwarna ungu (Twitch) meletup dan dia kemudian menaiki kereta merah (Youtube Gaming) pula.

Ludwig yang bermula streaming pada tahun 2019 mendapat benyak pengikut dan peminat bermula 2020.

Namun tahun 2021 membuat Ludwig menjadi antara streamer Twitch paling popular di dunia.

Ludwig juga berjaya mendapat rekod individu Twitch paling banyak iaitu 283,066 orang yang melanggan Twitch.

Bukan sahaja di Twitch, malah Youtube Ludwig juga kini mempunyai lebih 2 juga langganan.

Baru-baru ini salah seorang rakan Ludwig iaitu Disguised Toast pula berhijrah dari Facebook Gaming ke Twitch semula.

Ludwig memulakan penstriman di Youtube bermula semalam.

RELATED NEWS

+