Luminaire akhirnya ‘buka mulut’ tentang masalah Zeys sebagai jurulatih

Luminaire memuji jurulatih EVOS Legends, Zeys meskipun pasukan itu mempunyai pasang surutnya apabila dua kali gagal ke kejohanan siri M.

Dalam satu video di Youtube, dia mengatakan Zeys sebenarnya bagus dan cepat mencari jalan penyelesaian tapi ada juga yang tidak ‘kena’ pada jejaka Singapura itu.

“Cuma masalahnya Zeys ini adalah perfectionist. Kesilapannya di situ. Padahal dalam mana-mana game memang ada menang, ada kalah dan ada bernasib baik. Kalian pasti ada suatu kelemahan.

“Seharusnya pasukan yang kuat tak perlu ubah apa apa (biarkan saja). Namun Zeys masih di situ (EVOS Legends),” katanya.

Adakah EVOS Legends memerlukan jurulatih baharu? Selepas Zeys gagal untuk mencari solusi bagi melayakkan mereka ke kejohanan siri M?

EVOS Legends kini perlu bertarung mendapatkan slot ke upper bracket di MPL ID S10.

RELATED NEWS

+