Di Malaysia, pelakon-pelakon suara jarang diketengahkan dan sentiasa tenggelam terutamanya dalam industri animasi atau filem.
Pelakon suara antara bakat yang sering dilupakan dan ramai peminat-peminat anime terutamanya tidak sedar atau tahu menahu mengenai suara yang disebalik karakter anime kegemaran mereka.
Jadi MyGameOn berpeluang untuk menemubual Luna Hana yang kini mempunyai ramai pengikut gemar mendengarkan lakonan suara Bahasa Melayu untuk babak-babak anime.
Luna Hana semakin dikenali ramai dengan lakonan suaranya sendiri untuk babak-babak pendek dari anime seperti Nichijou dan Asobi Asobase dan juga siri animasi dari Malaysia iaitu Ejen Ali.
Dia yang kini mendapat perhatian ramai peminat di Instagram dengan banyak video-video anime pendek yang dilatar suarakan oleh dirinya sendiri dan mempunyai lebih 29.4 ribu pengikut di laman sosial perkongsian gambar itu.
View this post on Instagram
Temu bual bersama Luna Hana:
1. Boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang Luna Hana bagaimana mulakan lakonan suara untuk anime?
Saya sebenarnya mula terjebak dengan anime waktu usia 15 tahun. Masa itu peminat anime ni tidak ramai macam sekarang. Zaman itu ada beberapa rakan sekolah memberitahu suara saya seakan-akan watak anime tetapi saya tak ambil serius.
Mula berminat untuk suarakan watak anime selepas menonton Osomatsu-san. Suara watak-watak dalam Osomatsu-san agak menarik pada saya dan itu membuatkan saya tertarik untuk melihat sendiri bagaimana pelakon suara bekerja.
Saya juga banyak menonton acara seiyuu dan temubual seiyuu.
2. Bagaimana Luna belajar untuk lakonkan suara Luna?
Saya belajar dan berlatih secara sendiri sahaja melalui anime yang ditonton.
Pada mulanya saya cuba mengalih suara beberapa watak yang sesuai dengan suara saya antaranya watak Umaru (Himotou! Umaru-chan), Kobayashi Kanna (Kobayashi-san Chi no Maid Dragon), dan Emma (Promise Neverland).
Selepas itu, saya mula belajar untuk mempelbagaikan suara mengikut watak.
3. Apakah perbezaan semasa Luna alihkan suara Bahasa Melayu dengan Bahasa Jepun
Perbezaan paling besar adalah dari segi bahasa tu sendiri. Kita sedia maklum Bahasa Jepun ada nada tersendiri dan Bahasa Melayu pun begitu.
4. Jika diberikan watak yang memerlukan pelbagai emosi, macam mana Luna cuba ambil cabaran ini?
Saya sukakan cabaran jadi saya akan berusaha untuk capai emosi pada watak tu walau beberapa kali mencuba.
Saya juga sedia maklum pelakon suara memerlukan mainan emosi.
5. Anime dan Seiyuu mana yang menjadi inspirasi untuk Luna teruskan lakonan suara?
Seiyuu yang menjadi inspirasi untuk saya ada banyak sebenarnya. Semua seiyuu dan pelakon suara ada aura tersendiri yang boleh membuatkan saya mengenal setiap suara mereka.
Antara seiyuu kegemaran saya adalah Jun Fukuyama, Ono Daisuke, Kaji Yuuki, Kugimiya Rie, dan Kana Hanazawa.
Kalau di Malaysia, saya paling suka dengan Fathiah Diaz (BoBoiBoy). Senang cakap saya minat dengan semua pelakon suara.
6. Apa matlamat Luna dalam jangka panjang nanti nak jadi pelakon suara untuk animasi di Malaysia atau industri anime? Ada tak animasi-animasi Malaysia yang Luna hendak suarakan nanti?
Saya sebenarnya memasang impian untuk menyertai ejen Ali dan BoBoiBoy. Kalau diberikan peluang saya tak kisah untuk sertai mana-mana animasi. Jika ada animasi baru lagi saya teruja untuk turut serta.
Baru-baru ini juga Luna Hana dijemput ke Game On! Kosucon sebagai tetamu khas. Anime suara Bahasa Malaysia mana lagi yang anda nak dengar dari Luna Hana? Jangan lupa ikuti Luna Hana dengan suara menusuk jantung di Instagram,
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!