Luqman dan Akmal layak ke kejohanan dunia FIFAe Club

Pasukan GBX Esports adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif permainan video Fifa. Mereka berjaya menempah slot ke Kejohanan Dunia FIFAe Club 2022 yang akan berlangsung di Copenhagen, Denmark bermula 20 Julai ini.

Kejohanan dunia ini menawarkan wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$300 ribu (RM1.3 juta). GBX Esports yang diwakili oleh LuqmanHzq dan juga AkmalJHD berjaya mendapat slot itu apabila mereka menewaskan ImranDeen dan Chamack.

Pengurus pasukan GBX Esports iaitu Aris Danial menyatakan untuk melayakkan diri ke kejohanan dunia itu ianya tidak mustahil.

“Pasukan GBX Esports membuktikan bahawa ianya bukan satu perkara yang mustahil untuk layak ke kejohanan dunia. Paling penting, keyakinan dan kesungguhan pemain menjadi kunci utama kejayaan ini.

“Pemain bersedia dan mempunyai keyakinan untuk menjadi yang terbaik di rantau ini kerana persediaan yang rapi sudah disusun oleh pihak pengurusan GBX Esports,” ujarnya.

Tahniah diucapkan kepada pasukan GBX Esports kerana berjaya layak ke Kejohanan Dunia FIFAe Club. Mari kita sama-sama berikan sokongan kepada mereka untuk mewakili Malaysia ke pentas dunia.                                    

RELATED NEWS

+