M1: Axis Esports Peroleh 3 Mata Kemenangan Ke Atas Team Gosu

Dalam perlawanan kumpulan B bagi Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang, M1 sebentar tadi, wakil negara, Axis Esports berjaya meraih tiga mata kemenangan dengan skor 2-0 selepas menewaskan pasukan Amerika Syarikat, Team Gosu.

Dengan komposisi hero yang berkesan dan sinergi antara ahli, Axis Esports yang diwakili Loong, Rynn, Evilx, Scott dan Lacid berjaya menebus kekalahan mereka di tangan Burmese Ghouls pada saingan pertama pada jam 10 pagi tadi.

Axis Esports akan bertembung skuad Candy Comeback pada jam 5:30 petang nanti sebagai penutup perlawanan peringkat kumpulan B hari ini. Mereka perlu raih kedudukan dua teratas untuk layak ke playoff berlangsung pada Jumaat.

Selain Axis, wakil Malaysia, Todak juga akan berentap esok dalam kumpulan C. Kedua-dua pasukan negara ini layak ke M1 selepas mendapat kedudukan empat teratas dan merebut dua slot Malaysia untuk ke pentas dunia ini.

M1 mempertandingkan hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta dan berlangsung sejak semalam menyaksikan juara MPL MY/SG S4, EVOS SG yang tersingkir awal.

(Foto: Youtube Mobile Legends: Bang Bang)

RELATED NEWS

+