M1: EVOS Legends Muncul Juara Dunia, Bawa Pulang RM332,000

Pasukan EVOS Legends dari Indonesia muncul juara dunia Mobile Legends: Bang bang apabila mereka menewaskan pasukan senegara RRQ 4-3.

Pertarungan terakhir Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 menemukan 2 gergasi ini yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Perlawanan diteruskan dengan game pertama yang sengit dipamerkan oleh kedua buah pasukan itu. Asakan demi asakan yang dilakukan kepada satu sama lain sehingga minit ke-34 perlawanan. Permainan mental yang terus dicabar dan akhirnya kita dapat saksikan kemenangan berpihak kepada pasukan RRQ.

Di game yang kedua, Evos Legends membalas tembakan pihak lawan senegara dengan permainan yang cantik oleh Donkey sebagai Grock, dia banyak membuka ruang untuk pasukannya mengawal game dan membawa kemenangan.

RRQ terus mendahului di game yang ketiga apabila permainan berpihak kepada mereka dan pertarungan terakhir di kawasan Lord menyebabkan kekalahan Evos Legends.

Evos Legends terus mundur apabila game keempat menyaksikan RRQ Lemon bermain sebagai Chang’e merupakan MVP of the match. Dia bijak mengatur posisi untuk memaksimumkan jumlah damage dikenakan kepada pihak lawan lalu kekalahan berpihak kepada Evos Legends.

Pasukan Evos Legends tidak mudah berundur begitu sahaja apabila mereka menguasai game yang kelima, Wannn yang bermain sebagai Harith lincah di dalam teamfight menyebabkan pasukan RRQ mengangkat bendera putih dan memberikan kemenangan kepada pasukan Evos Legends.

Ternyata semangat untuk membawa pulang wang tunai berjumlah USD80,000 (RM332,000)  berserta piala pertandingan yang megah di tengah pentas mendorong semangat Evos Legends untuk comeback di game yang keenam.

Mereka menunggu peluang untuk pasukan RRQ membuat kesilapan dan ternyata penantian mereka tidak sia-sia dan terus mengambil Lord untuk memenangi perlawanan.

Pada game terakhir, sekali lagi EVOS selesa dengan lineup seperti Lunox yang dimainkan Wann mendominasi dengan sangat ganas.

Kejohanan Dunia M1 mengumpulkan 16 pasukan terbaik Mobile Legends di serata dunia berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta. Ia berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula Jumaat hingga Ahad.

RELATED NEWS

+