M1: Todak Kini Top 3 Di Kejohanan Dunia – Tahniah!

Pasukan tanah air Todak terus memperlihatkan prestasi yang cemerlang di dalam perlawanan dengan Burmese Ghouls, mereka berjaya menundukkan pasukan dari Myanmar itu dengan skor 2-0 sekali gus layak ke lower bracket final Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Perlawanan kedua menyaksikan pasukan Todak mendominasi perlawanan itu dengan penggunaan hero seperti Chang’e dan juga Helcurt yang sangat membantu dalam teamfight Lord berjaya dicuri Burmese Ghouls pada minit ke-10 namun mereka kehilangan tiga pemain.

Xray yang memainkan Chou juga menunjukkan dominasi dengan kepakaran untuk menewaskan Jawhead dan Hayabusa. Secara keseluruhan, seolah Burmese Ghouls menghadapi kesukaran berdepan Todak dengan lineup yang jauh.

Mereka akan berdepan RRQ dalam pusingan lower bracket final esok.

Kejohanan Dunia M1 mengumpulkan 16 pasukan terbaik Mobile Legends di serata dunia berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta. Ia berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula semalam hingga Ahad.

RELATED NEWS

+