M2: Alter Ego tersingkir, Bren Esports mara

Tahniah kepada pasukan Filipina, Bren Esports kerana berjaya mara ke peringkat final bagi pusingan lower bracket di kejohanan dunia Mobile Legends, M2 esok.

Mereka berjaya menewaskan skuad Indonesia, Alter Ego dalam pertandingan dengan skor 2-1.

M2 dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari hingga esok dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

berita lanjut menyusul..

 

RELATED NEWS

+