M2: Bren Esports balas dendam, 2-0 ke atas Alter Ego

Nampaknya perlawanan Alter Ego Esports ke atas Bren Esports tidak dinafikan sangat luar biasa. Berbeza 3-0 di MPLI lalu, kali ini Bren Esports memberi saingan hebat dengan skor 2-0 di peringkat kumpulan.

Pasukan Filipina itu pada perlawanan pertama mengambil hero seperti Mathilda dan Benedetta, dua hero yang paling kuat meta kali ini.

Kedua hero ini digunakan dengan baik untuk menangkap Celiboy yang menggunakan Ling. 

Gaya permainan ditunjukkan Chou juga sangat berkesan, berjaya zon Alter Ego banyak kali dan tidak membiarkan Akai melakukan apa-apa.

Kita lihat di sini item digunakan oleh Pai. Walaupun beliau mempunyai Wind of Nature tapi tidak cukup untuk menyelamatkan diri dari Blazing Duet Claude.

FlapTzy yang memainkan Benedetta juga sangat tanky dengan item tank yang dibeli.

Lusty layak menjadi MVP kerana kemahiran zoning berkesan dan berjaya menangkap hero Alter Ego.

Di game kedua, mereka terus menggasak Alter Ego dan sekali lagi Yam tidak berapa menyinar dalam perlawanan kedua ini.

Lantaran itu, Bren Esports layak ke upper bracket.

RELATED NEWS

+