M2: “Kalau lawan Todak nanti, kami tak anggap remeh. Akan buat yang terbaik,” – Udil

Pemain Alter Ego Esports, Udil tak menganggap pasukan Malaysia, Todak, satu lawan yang mudah dikalahkan di playoff kejohanan dunia Mobile Legends, M2.

Dalam satu temubual media sebentar tadi, Udil mengatakan pasukan Todak sudah makin kuat di playoff dan mereka tidak akan memandang remeh dengan kekuatan skuad Malaysia.

“Kami akan bagi yang terbaik dan percayakan apa yang jurulatih sarankan,” katanya.

Perlawanan seterusnya adalah antara Bren Esports dan Todak. Udil juga mengaku yang Todak akan menang perlawanan ini.

“Saya percaya Todak boleh menang. Mereka makin kuat di playoff,” katanya lagi.

Sebentar tadi, Alter Ego menyingkirkan skuad Filipina, Omega Esports di pusingan kalah mati.

M2 dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari hingga esok dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+