M2: Mampukah EVOS SG mengalahkan RRQ?

Saingan di kejohanan dunia Mobile Legends, M2 dilihat makin sengit. 

EVOS SG berjaya mengalahkan pasukan Brazil, Dreammax 2-0. Namun, adakah mereka bersedia untuk menghadapi gergasi Indonesia, RRQ?

Seperti yang kita tahu, pasukan Indonesia bukanlah calang-calang dan RRQ juga pernah meraih tempat kedua di M1 malah menjuarai MPL Indonesia Musim Keenam.

Mereka akan bertembung pada jam 8 malam yang merupakan kejohanan terakhir peringkat kumpulan fasa satu.

Di M1 sebelum ini, EVOS SG tidak mempunyai peluang untuk menyinar kerana tersingkir di peringkat kumpulan.

Dengan format baru ini, pastinya memberikan mereka kelebihan untuk mencuba sehabis baik.

Malah, ini merupakan kejohanan akhir mereka sebelum pasukan ini dibubarkan pasca M2 nanti.

RELATED NEWS

+