M2: Perjalanan wakil Malaysia, Todak kini berakhir

Tiada tuah untuk skuad Malaysia melanjutkan perjalanan di kejohanan dunia Mobile Legends, M2 selepas tewas di tangan Filipina, Bren Esports 1-2 sebentar tadi.

Di game pertama, draft mereka begitu berdisiplin dan mereka mengutamakan teamfight dan dibantu hero tank. Percaturan ini menjadi buat Todak.

Namun di game kedua, mereka seolah selesa dengan draft sebelumnya dan tidak menghiraukan marksman Claude dari Bren Esports. Disebabkan tiada damage, Todak kalah perlawanan tersebut.

Perlawanan penentuan pula menyaksikan Todak bermain agresif namun Wan-Wan tidak sempat untuk online sekali gus memberi kelebihan kepada Bren Esports.

Todak berada di lower bracket dan menghampiri final namun perjalanan mereka berakhir di sini.

berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+