M2: RRQ Hoshi layak ke upperbracket

Selepas menewaskan tuan rumah, EVOS SG dalam perlawanan terakhir fasa satu peringkat kumpulan kejohanan dunia MLBB, M2, akhirnya RRQ berjaya melayakkan diri ke upper bracket.

Pasukan Indonesia tersebut berjaya mendapatkan permulaan baik pada perlawanan pertama walaupun pemilihan hero Lemon yang mengambil  Belerick dipersoalkan. Hero tersebut terbukti berguna pada minit akhir apabila Lemon flank dari belakang dan masuk ke dalam teamfight.

Di perlawanan kedua, EVOS SG kembali tampil membalas walaupun memiilih hero seperti Harley yang kurang berkesan akhir perlawanan.

Di perlawanan ketiga, RRQ Hoshi sememangnya lebih mendominasi dengan pemilihan Lapu-Lapu untuk Lemon sangat berkesan bagi memulakan initiation dan menampung kesemua damage diterima.

Tahniah kepada mereka!

Sementara itu, EVOS SG akan bertarung bagi fasa kedua peringkat kumpulan seterusnya.

RELATED NEWS

+