M3 akan diadakan di Bali, Indonesia?

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang, M3 menjadi perjalanan terakhir bagi semua pasukan permainan peranti mudah alih itu di dalam tahun ini.

16 pasukan akan bertanding untuk merebut wang hadiah terkumpul lumayan berjumlah AS$800,000 (RM3.3 juta) dan gelaran juara dunia bagi musim ketiga.

Sehingga kini, Moonton belum memberitahu di mana lokasi kejohanan dunia ini akan diadakan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Terkini, Coco dari Bren Esports, juara dunia musim kedua M2 menulis kapsyen kontroversi  “Road to M3 Bali Indo” di dalam sebuah penstriman langsung. Beliau seolah-olah sudah mendapat maklumat bahawa kejohanan dunia, M3 akan diadakan di Bali, Indonesia. 

Walaubagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi dari Moonton mengenai lokasi dan format permainan dan perkara ini masih menjadi spekulasi di kalangan peminat MLBB di luar sana.

Jika benar ia akan diadakan di Bali, pasti ramai peminat Indonesia akan bersuka-ria untuk menyokong pasukan kegemaran mereka di tanah air sendiri.

Kami masih menunggu kenyataan rasmi dari Moonton sendiri, nantikan!

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+