M3: Arabia Major diumumkan, pertandingan kelayakan negara timur tengah bagi kejohanan dunia, M3

Kejohanan dunia Mobile Legends, M3 menjadi penanda aras buat semua pasukan MLBB seluruh dunia. Negara timur tengah tidak terkecuali untuk bertanding di dalam kejohanan itu.

Moonton sudah melancarkan kejohanan M3: Arabia Major bagi semua pasukan dari timur tengah yang ingin mencuba nasib untuk bermain di kejohanan dunia M3 nanti.

Negara yang mengambil bahagian adalah Saudi Arabia, UAE, Kuwait, Qatar, Oman, Bahrain, Egypt, Jordan, Morocco, Iraq, Sudan, Lebanon, Algeria, Tunisia, Yemen, Syria, Palestine, Libya, Mauritania, Somalia dan Djibouti.

Selain menjadi wakil untuk timur tengah di M3, pemenang akan mendapat sebahagian besar wang hadiah yang lumayan berjumlah AS$50,000(RM211,00) dan 114,000 diamonds untuk dibelanjakan. Pengumuman ini akan menyaksikan buat pertama kalinya kejohanan dunia akan ada wakil dari negara timur tengah.

Pusingan kelayakan akan bermula pada 6 dan 7 Ogos, 16 pasukan yang terbaik akan berentap di pusingan kalah mati pada 13 Ogos sehingga 19 September nanti. 

Para peminat e-sukan Mobile Legends pasti menantikan pencabar baru dari negara timur tengah ini, sebelum ini Moonton lebih terbuka memperluaskan pengaruhnya dengan mengumumkan MPL Kemboja tempoh hari.

RELATED NEWS

+