M3: Ayuh, mari berikan sokongan kepada Team SMG!

Peringkat kumpulan Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 sudah sampai ke penghujungnya. Hari terakhir ini menyaksikan Team SMG akan bertemu dengan RRQ Hoshi pada perlawanan pertama.

Sebelum ini Team SMG tewas di tangan RRQ Hoshi di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI). Waktu itu, Sasa tidak bermain bersama pasukan oleh kerana faktor kesihatan.

Selain itu, Acil juga memberikan kenyataan bahawa RRQ tidak menggunakan barisan penuh pemain di MPLI. Mereka akan all out untuk menghadapi Team SMG hari ini.

Jika mereka berjaya memenangi perlawanan menentang RRQ Hoshi, Team SMG hanya perlu mendapatkan 1 lagi kemenangan untuk ke peringkat upper bracket.

Mampukah Team SMG untuk menebus kekalahan di MPLI sebelum ini? Sudah pasti kita sedia maklum RRQ Hoshi adalah pasukan yang sangat kuat dan akan menjadi benteng yang besar untuk Team SMG tembusi.

Mari berikan sokongan kepada Team SMG hari ini, kita mampu untuk melakukannya.

RELATED NEWS

+