M3: EVOS SG dan BTK layak ke upper bracket

Pasukan tuan rumah, EVOS SG layak ke upper bracket selepas menewaskan skuad Kemboja, SeeYouSoon dan wakil Amerika Syarikat, BloodThirstyKing (BTK) dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan dunia Mobile Legends, M3.

EVOS SG diwakili oleh Potato, JPL, Adammir, Gear, Seilah dan Smokey. 

Pastinya kemenangan mereka di Group C ini memberikan kelebihan untuk berentap dengan pasukan dari Group A nanti di playoffs.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Singapore (@mpl.sg.official)

Pasukan Mobile Legends dari Amerika Syarikat, BloodThirstyKing (BTK) juga berjaya layak ke upper bracket selepas menewaskan pasukan Kemboja, SeeYouSoon hari ini dalam kumpulan D di kejohanan dunia Mobile Legends, M3.

Mereka berjaya mendapatkan mata kemenangan akhir dan akan melawan Blacklist International kelak.

Foto: MPL Singapore

RELATED NEWS

+